Kenali Pusat Perkhidmatan Penyelidikan & Lapangan
CRaFS merupakan organisasi di UMT yang bertanggungjawab dalam menyediakan fasiliti penyelidikan. Terdapat 3 komponen utama CRaFS, iaitu Bahagian Pengurusan Kompleks Makmal, Bahagian Pengurusan Kapal Bot dan Bahagian Pengurusan Operasi Luar dan Lapangan.
Peranan Kompleks Makmal, UMT di arus pembangunan modal insan dan perkembangan penyelidikan ternyata memberikan impak yang besar terhadap warganya dan masyarakat sekeliling. Pelbagai kemudahan asas dan keperluan penyelidikan seperti ruang makmal, ruang siswazah, Perkhidmatan analisa sampel & khidmat nasihat dan sebagainya disediakan. CRaFS tidak hanya menawarkan perkhidmatan analisis di makmal malahan turut menyediakan kemudahan pengangkutan air bagi penyelidikan di lautan dan air tawar.
Antara kemudahan yang ditawarkan oleh Bahagian Pengurusan Kapal dan Bot (BKB) adalah seperti Kapal Research Vessel Discovery (RV Discovery), Bot-bot Discovery (pelbagai kapasiti fungsi) dan Makmal Bergerak (Mobile Lab) yang dilengkapi kemudahan asas makmal. Manakala Bahagian Pengurusan Operasi Luar dan Lapangan pula dipertanggungjawabkan bagi mengurus 3 seksyen utama iaitu stesen penyelidikan, selam dan arkeologi.
Semangat yang kuat di kalangan warga CRaFS menjadi formulasi utama untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga UMT dan masyarakat.
Pengurusan Makmal

Menyediakan kemudahan pengajaran dan penyelidikan berasaskan makmal kepada semua warga yang menekankan prinsip “guna sama” untuk semua lapisan warga UMT .
Operasi Luar & Lapangan

Merupakan suatu unit dibawah CRaFS yang berperanan peranan dalam mengurus aktiviti-aktiviti berkaitan Selam Scuba, Stesen Penyelidikan Luar, Aset Scuba, Arkeologi Marin.
Pengurusan Kapal & Bot

CRaFS tidak hanya menawarkan perkhidmatan analisis di makmal malahan turut menyediakan kemudahan pengangkutan air bagi penyelidikan di lautan dan air tawar.
Pentadbiran & Kewangan

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan memainkan peranan dalam membantu kelancaran aktiviti di CRaFS.
Fasiliti
Penekanan prinsip “guna sama” telah membuktikan keberkesanannya di mana semua lapisan warga UMT berpeluang menggunakan mana-mana fasiliti yang disediakan berdasarkan terma dan syarat, dan peraturan makmal serta polisi yang berkuatkuasa. Kemudahan bot-bot turut disediakan bagi membantu kerja-kerja penyelidikan di lapangan seperti pengangkutan air di stesen penyelidikan UMT antaranya Pulau Bidong, Chagar Hutang, Tasik Kenyir dan Tanah Bencah Setiu.