Makmal Analisis Bahan 1, Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) telah menerima pengiktirafan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) dari Jabatan Standard Malaysia, Kerana mematuhi piawaian dan standard MS ISO/IEC 17025:2017 pada 21 Ogos 2020. Pengakreditasian ini adalah hasil daripada permohonan Makmal PPPL untuk mengakreditasikan kaedah-kaedah analisis di makmal berdasarkan ‘Surface Area Analysis Accredited MS ISO/IEC 17025:2017 ‘Scope of Catalysts and Catalyst Carriers for Mesopores (2nm-50nm)’ dan keperluan-keperluan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) yang berkaitan.Pengiktirafan yang diberikan membuktikan bahawa, Makmal PPPL telah mempunyai satu sistem pengurusan kualiti makmal yang mencapai standard antarabangsa. Sekaligus, memberi nilai tambah kepada kelangsungan sistem pengurusan makmal di Universiti Malaysia Terengganu dalam menyumbang pencapaian Pelan strategik UMT 2018-2022 dan Pemarkahan Myra 2020.