Sijil Pengiktirafan MOB

Syabas dan tahniah!
Pada 11 Julai 2025 telah berlangsungnya 30th Anniversary Certificate Malaysia Book of Record di One World Hotel, Petaling Jaya Selangor. Di majlis ini PPPL turut dijemput bagi menerima sijil pengiktirafan MOB..
Malaysia Book of Record
Hasil kerjasama PPPL dan Akuatrop pada tahun 2022 telah berjaya meletakkan nama UMT dalam senarai 91 penerima yang telah mendapat pengiktirafan bersempena sambutan 30 tahun Malaysia Book of Record melalui rekod Perlepasan Clown Fish terbanyak dalam satu masa iaitu sebanyak 1270 ekor di perairan Pulau Bidong. Majlis pengiktirafan ini telah diadakan di Hotel One World pada 11 Julai 2025 dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi YB Puan Teo Nie Ching. Majlis turut disaksikan oleh Datuk Seri Dr. Michael Tio Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Book of Record dan merupakan penerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Pengurusan oleh Fakulti Pengajian Maritim Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Rekod unik ini juga telah dimasukkan ke dalam buku edisi khas 30th Anniversary Malaysia Book of Record.



