Soalan Lazim

Soalan 1

(Q) Bilakah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT ditubuhkan?
(A) Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT telah ditubukan pada Januari 2013

Soalan 2

(Q) Apakah misi & objektif Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT?

(A) Misi & objektif PPPL adalah;

  • Memacu agenda penyelidikan UMT dengan penyediaan makmal berkapasiti tinggi,  fasiliti yang terkini dan instrumentasi yang terbaik.
  • Menyokong penyelidikan mapan dengan penyediaan fasiliti berteraskan bidang tujahan di stesen-stesen penyelidikan alami UMT
  • Memperkukuhkan agenda penyelidikan dengan penyediaan fasiliti sokongan yang dinamik.

Soalan 3

(Q) Apakah fokus perkhidmatan & fasiliti yang disediakan oleh Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT?

(A) Antaranya perkhidmatan & fasiliti yang disediakan adalah;

  • Bahagian Pengurusan Makmal (analisis sampel & penyediaan sampel)
  • Bahagian Pengurusan Bot & Kapal (perkhidmatan sewaan bot & kapal)
  • Bahagian Pengurusan Operasi Luar & Lapangan (sewaan fasiliti di stesen-stesen penyelidikan alami UMT)

Soalan 4

(Q) Apakah komponen utama Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT?

(A) Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) terdiri daripada 3 komponen utama iaitu

  • Pengurusan Makmal
  • Bahagian Pengurusan Kapal & Bot
  • Bahagian Pengurusan Operasi Luar & Lapangan.

Soalan 5

(Q) Apakah bidang kajian & makmal pengajian yang ditawarkan di Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT?

(A) Diantara kajian & makmal pengajian yang ada di PPPL adalah;

  • Makmal Penyelidikan Bioteknologi – Makmal Analisis Am, Makmal Sel Haiwan & Kultur Tisu, Makmal Genomik, Transkritomik, Proteomik, Makmal Sintesis, Analisis, Ekstrak, Makmal Fungus, Histologi,  Bakteriologi & Makmal Virologi
  • Makmal Penyelidikan Sekitaran – Makmal Sekitaran Fizikal, Makmal Geokimia Organik, Makmal Sekitaran Organik Surih, Makmal Sekitaran Tak Organik, Makmal Pasca Kedoktoran
  • Makmal Penyelidikan Berfokus (SIG) – Marin Biodiversiti, Apis & Meliponine & Invetebrates-BENTHOS
  • Makmal Analisis / Bilik Instrumentasi – Spektroskopi, Kromatografi, Mikroinjektor / Pengimejan, Termal & Sains Bahan
  • Makmal Satelit – Scanning Electrone Microscope SEM (MB), Scanning Electrone Microscope SEM (INOS) & Nuclear Magnetic Resonance NMR (IMB)
  • Makmal Pengajaran – Makmal Kimia Am, Makmal Sains Bahan, Makmal Anatomi & Fisiologi, Makmal Alam Sekitar, Makmal Mikrobiologi, Makmal Fizik Elektrik & Elektronik

Soalan 6

(Q) Apakah kemudahan & fasiliti yang disediakan oleh Bahagian Stesen Penyelidikan Luar Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL)UMT?

(A) Berikut adalah kemudahan yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Operasi Luar dan Lapangan;

  • Stesen Penyelidikan Alami Marin Pulau Bidong
  • Stesen Penyelidikan Alami Tanah Bencah Setiu
  • Stesen Penyelidikan Alami Penyu Chagar Hutang, Pulau Redang
  • Stesen Penyelidikan Alami Kenyir

Soalan 7

(Q) Apakah kemudahan yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kapal & Bot Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT?

(A) Berikut adalah kemudahan yang disediakan oleh Bahagian Kapal dan Bot;

  • Kapal – RV Discovery
  • Bot – Discovery I, Discovery II, Discovery III, Discovery IV, Discovery V, Discovery VI, Discovery VII, Discovery VIII, Discovery IX
  • Makmal Bergerak – Discovery Kenyir

Soalan 8

(Q) Siapakah yang layak untuk mendaftar sebagai pengguna Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL)?

(A) Pemohon yang layak iaitu Pengguna dalaman UMT seperti berikut;

  • Pelajar pasca siswazah
  • Pensyarah
  • Penyelidik & pembantu penyelidik (RA)
  • Pengguna agensi kerajaan dan pengguna agensi swasta
  • Pelajar UMT (berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan)

Soalan 9

(Q) Bagaimanakah saya ingin berdaftar sebagai pengguna Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL)?

(A) Pemohon dikehendaki mengisi Borang seperti berikut;

  • Kawalan Bahan Hazard Kepada Kesihatan dan Penaksiran Risiko COSHH Form (UMT/PPPL/M/207)
  • Borang Permohonan Penempatan Di Makmal (UMT/PPPL/M/204)yang boleh diperolehi di kaunter atau website Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL)UMT

***Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada Pegawai Sains bagi proses kelulusan.

Soalan 10

(Q) Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya saya ingin berurusan dengan pihak Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT?

(A) Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak Pengurusan PPPL dialamat seperti dibawah;

Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL)

Universiti Malaysia Terengganu,

21030 Kuala Nerus,

Terengganu, MALAYSIA

Tel: 09-6683957

Fax: 09-6683361