Info e-LAB ACCESS

e-lab access record (e-LAR)

e-lab access record (e-LAR) merupakan sistem rekod digital bagi penggunaan makmal secara atas talian yang melibatkan penggunaan aplikasi imbasan QR, telefon pintar dan sambungan internet. Sistem ini yang terdiri daripada pendaftaran makmal (one time registration) dan imbasan penggunaan makmal (e-lab access record) telah dilancarkan secara rasmi pada 1 Mac 2021.

One time registration merupakan rekod pendaftaran makmal dimana pengguna perlu mengisi dengan lengkap butiran data pemohon. Permohonan tersebut akan disahkan oleh pensyarah yang menyelia dan pegawai sains di makmal yang berkenaan. Melalui one time registration, pemohon juga dikehendaki menyertakan borang Kawalan Bahan Hazard Kepada Kesihatan (COSHH) dan borang Biorisk (jika melibatkan penyelidikan berasaskan genetic modified organism (GMO), living Modified Organism (LMO), rDNA atau biotoksin dan lain-lain) yang diisikan dengan lengkap.

Melalui borang COSHH dan Biorisk, pegawai sains dapat menyemak dan menilai tahap risiko yang bakal dihadapi oleh pemohon atau pengguna. Input daripada borang tersebut membantu pegawai sains menentukan kelulusan permohonan dan sekaligus menyediakan langkah-langkah wajar dan praktikal bagi mengurangkan risiko yang bakal dihadapi ketika pelajar menjalankan ujikaji.

Sebagai keperihatinan dan kepekaan makmal UMT akan keselamatan dan kesihatan penggunanya, maka video taklimat keselamatan makmal turut disertakan dan boleh ditonton menerusi telefon pintar sebaik sebelum pengisian “one time registration”. Selain pendaftaran makmal, platform one time registration turut mempunyai pilihan untuk permohonan penggunaan makmal di luar waktu pejabat bagi memudahkan penggunamemohon secara atas talian pada bila-bila masa.

Sebaik sahaja sesuatu permohonan diluluskan, maka pengguna dibenarkan menggunakan makmal sebagaimana senarai makmal yang telah dipohon. Pengguna akan membuat imbasan kod QR yang dipaparkan di setiap makmal yang berasaskan penyelidikan, amali, bengkel, hatcheri, makmal komputer dan sebagainya. Menerusi penggunaan e-lab access record ini, pelbagai manfaat dapat diperolehi oleh pengguna mahupun pengurusan makmal.

Antaranya:-

  1. permohonan atas talian yang lebih fleksible.
  2. Penyelarasan kaedah dan tatacara permohonan penggunaan makmal dapat dilaksanakan di UMT dengan lebih efektif.
  3. Tahap frekuensi penggunaan sesuatu makmal dapat ditentukan dengan mudah
  4. Akses kepada data penggunaan makmal yang lebih cepat, tepat dan reliable,
  5. Sekuriti data pemohon lebih terjamin.
  6. Pengguna boleh memeriksa status proses permohonan mereka (tracking system)

Penglibatan rakan-rakan makmal UMT seperti institut dan fakulti dalam pengaplikasian sistem ini dilihat sebagai satu usahasama yang mantap dan berpaksikan prinsip yang sama iaitu menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan persekitaran yang sihat dan selamat kepada pelanggannya iaitu pelajar. Inovasi ini secara amnya, turut menyokong Pelan Strategik UMT (Teras 3 dan Objektik Strategik 3) yang memfokuskan penyediaan suasana kampus yang kondusif dengan fasiliti dan prasarana yang menyokong IR 4.0.